Wanita
Assalamualaikum and very good Morning ladies,,,
Agak berkurun tidak mengupdate dan mencoret di blog ila ni...
Kesibukan melanda, memantapkan diri serta ekonomi yang sedia maklum mengempiskan selalu dompet ini...waachaaaa....
Ok,,, setelah puas melihat keadaan sekeliling, teman-teman rapat, rakan-rakan seperjuangan, memang tidak dinafikan wanita perlu bekerja untuk menyara diri sendiri tanpa menoleh kebelakang lagi. Ini kerana, setiap wanita perlu ada aset2 tersendiri agar tidak menyesal di kemudian hari. Wanita bekerja untuk diri mereka sendiri, cantik pun untuk kepuasan diri bagi yang menyendiri,,,bagi yang bersuami, mesti la cantik untuk suami. Persoalannya di sini, Masih adakah suami yang senantiasa memberikan isteri sejumlah wang untuk si isteri mendandan diri? Hmmm....kalau lihat sekeliling ila ni, masing2 keluar duit poket sendiri...jangan kata mendandan diri, duit isi rumah pun si isteri yang keluar poket sendiri.. di mana tanggungjawab sebagai suami? yang mana perlu mempersiapkan benda-benda asas kepada isteri dan anak-anak. Yang paling utama dan ditekankan disini adalah tempat tinggal, makanan dan pakaian. Alangkah bahagianya jika semua tersedia kan....
Ulasan
Catat Ulasan